Laman

Rabu, 20 Juli 2011

Semua tentang Sukardi


“Aku kirimi sebuah sajak hati..tuk kau, yg perLahan mendekatkan diri pada'ku..kenaLi aku, sebeLum niat'mu kau perjuangkan.LaLu biarkan waktu yg menjedai'ku tuk mengenaL'mu..biLa waktu tLah kepak'kan syap'y tuk bergerak, maka tak'kan suLit bagi aku tuk berpadu mencipta keindahan dengan'mu”.

Kasihku,
Cintamu amat kekal di hatiku,
Dari dulu hinggalah kini kau tetap dihatiku,
Meskipun kita ada jurang pemisah,
Kau tetap kurindu kerana perpisahan kita,
Bukan kehendak diriku tetapi kerana,
Pinta keluargaku.
Sayangku,
Walaupun ku tangisi kerana cinta kita,
Masih belum dapat ku milikimu,
Hanya pada illahi ku panjatkan doa,
Semoga cintaku padamu kekal hingga akhir hayat aku.
Cintaku,
Dilubuk hati ini ingin ku katakan padamu,
Bahawa aku terlalu menyintai dirimu wahai sayangku,
Alangkah indahnya kalau kau disisi ku,
Tapi itu adalah mimpiku kerana kau,
Sudah temui jodohmu,





Dulu,
Ku hanya punya kenangan masa kecil dengan mu,
mengingatimu pengubat derita hatiku,
Kau insan istimewa dalam hidupku,
Kau lah sahabat, kau lah yang terindah.
Walau jarak dan masa memisahkan kita,
Kau tetap di hati meniti hariku.
Kini,
Bila kita sudah dewasa,
Ku ukir kenangan baru bersamamu,
Kenangan yang bisa menggetarkan hatiku,
baru kini ku sadar kau memang teristimewa,
Selama terpisah kau tetap dalam ingatan,
Kaulah permata yang memberi sinar dalam hidupku,
Kau lah jua cinta hatiku.

"Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan berbahaya dari pada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya..."
“Aduhai wanita sungguh mahal pandangan mu di mata lelaki, tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu terlalu agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi pencipta mu; namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan diri mu sendiri. Menjadi wanita adalah satu anugerah yang terpaling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah mu, halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu”.
“Duhai wanita sebenarnya, maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah bongkah batu yang besar, kau menepis dengan penuh sabar tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onar. Percayalah wanita, akan ada bahagia diakhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu”.



“Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu”.
“Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak hilap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu”.
“Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak heranlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggung jawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur”.